Selasa, 12 Jun 2012

INDIA - KASHMIR/TAJ MAHAL - PART II



13 APR 2012 (Jumaat) –SRINAGAR  (Tulip dan Mustard)




Taman Tulip Indira Gandi adalah taman tulip kedua terbesar di Asia, selepas China, dibuka pada 29 Mac 2008 dan mempunyai kira2 60 jenis bunga tulip ditanam di sini. Pemandangan sepanjang perjalanan sangat indah, pokok-pokok poplar yang kurus dan tinggi dan ladang mustard berselang seli menghiasi pandangan mata.  Tiket masuk ke taman ini cuma 50 rupee (RM3.50/-).   
Tulip hanya akan ditanam awal  bulan April dan bertahan hingga akhir bulan April sahaja.   Tidak terucap oleh kata-kata,  kami hayati keindahannya, keterujaan kami terserlah bila kami jadi tak tentu arah,  sana cantik, sini cantik, sinun lagi cantik…. rambang mata nak ambil gambar dari posisi mana.  Ketika keluar, dipintu pagar, seorang jejaka Kashmiri menghadiahkanku sekuntum bunga tulip berwarna kuning berona oren, seronoknya aku berpeluang membelek dan mencium tulip kerana ditaman itu pengunjung dilarang memegang/memetik bunga dan akan didenda sebanyak 500 rupee jika berbuat demikian.
Hujan renyai2 & cuaca yang semakin sejuk, tidak kami endahkan,  Taman Mughal – Taman Chashmashahi (bertemakan mataair), Nishat Bagh (bertemakan Seni Mughal lama)  & Shalimar  Bagh (bertemakan cinta) yang mengadap tasik dal & berlatarbelakang-kan pergunungan Zabarwan memang sukar utk dilepaskan peluang mengunjunginya.  Di dlm taman beberapa jurugambar yang kami gelarkan paparazzi menawarkan khidmat bergambar dgn memakai baju pengantin Kashmiri,  kosnya Cuma 50 rupee utk gambar berukuran 5R dan 100 rupee utk gambar  berukuran 8R.  
Hujan semakin lebat, melihat Hajra bat dari dlm bas, kami tidaklah begitu ralat kerana senibinanya lebih kurang seperti masjid2 di Malaysia.  Kemudian kami melawat di pusat kraftangan Kashmir iaitu paper machie yang terletak di kawasan elite di Isheber Nishat dan buat pertama kalinya  kami berpeluang melihat pohon manjakani yang berbuah lebat yang ditanam di halaman rumah itu.


Selepas makan tengahari di House boat,  petang kami dibawa menaiki shikara menyusuri tasik dal.   Oleh kerana suhu semakin menurun, kami dibekalkan selimut utk menutupi tubuh.   Beberapa penjaja menghampiri shikara dan menawarkan jualan mereka, konsepnya sama seperti pasar terapung di Bangkok, cuma disini tasiknya luas.  Kami juga singgah membeli belah di kedai-kedai bot yang terdapat di persisiran tasik itu,  membeli belah di sini kami diminta duduk melunjur, diberi kusyen untuk bersandar dan diselimutkan, selepas itu mereka pun mula membentang sari, shawl, kurta, jaket kulit dll, pelbagai jenis dan warna utk di pilih. 


Perjalanan pulang ke house boat, kami di bawa keperkampungan air mereka,  saat ini, barulah kami melihat gadis2 Kashmiri mendayung sampan bersiar2 bersama kawan2 dipersekitaran kampong air itu, berkulit cerah, mulus dan berwajah cantik disebalik selendang yg sengaja ditarik kehadapan untuk melindungi wajah ayu mereka.  Tertoleh2 kami mencuri pandang,  tak puas melihat wajah persis artis bollywood tanpa mekap.   Setiap tanah yg terapung di tasik ini digunakan sebaik2nya,  ditanam  sayur2an, mustard dll.   Azan yg bergema bergaung, bersatu di antara tasik dan banjaran menjadi penanda pengakhiran perjelajahan kami untuk hari itu.   Setelah penat seharian, malam itu kami tidur awal.

14 APR 2012 (Sabtu) – SRINAGAR/SALJI DI GULMARG  

Gulmarg  (meadow of Flower) yang bermaksud gunung yang dikeliling padang rumput dan bunga, setinggi 2,730 meter di atas paras laut dan dikenali sebagai antara kawasan bermain ski dan golf terbaik,  tertinggi serta mempunyai gondola (cable car) yang terpanjang di dunia. Jarak perjalanan dari Srinagar 60km selama 2 jam bagaikan tak terasa, kerana pemandangan yg disajikan bagaikan sebuah lukisan, sangat indah sehinggakan leherku  terasa letih kerana asyik memandang ke kiri dan kekanan.  Rumah2 di sini besar, moden dan cantik. Ladang Mustard yang menguning, ladang epal yang memutih bunganya, cherry blossom, sungai jernih berbatuan besar yang mengalir tenang, pokok2 alpine dan banjaran Himalaya yg diliputi salji,  melatari pemandangan, amat memukau perasaan.
Singgah di satu check point, kami menyewa kasut but (macam but Phua Chu Kang).  Peniaga jalanan berebut menjaja shawl, sarung tangan, mafla dll.  Semasa berseorangan menunggu seorang teman ke tandas, penulis didatangi pengemis wanita yg mendukung anak, meleleh hingusnya,  rayuannya meruntun hati,  aku terpaksa mengeraskan hati,  teringat pesan Majid (guide) demi keselamatan jangan bersedekah kerana anda akan dikerumuni & sukar melepaskan diri,  disebalik mafla yg menutup wajah, aku cuma mampu berdoa uuntuk kesejahteraannya.   Sampai di Gulmarg, kami menunggang kuda utk sampai ke stesen  Gandola (cable car),  ini kali kedua aku menunggang kuda, pertama di kaki gunung Bromo yang lebih mencabar treknya berbanding di gulmarg, di jalanraya yg mendatar.    
Kami menaiki gondola sehingga ke stage pertama dgn bayaran 300 rupee (Rm20/-).  Walau telah berpakaian yg sesuai,  aku terasa semacam nak beku,  muka terasa ketat utk bercakap dan tersenyum. Bagaikan bermimpi,  ku genggam salji dan memandang alam sekeliling, matahari memancarkan sinarnya,  salji di mana-mana dan pokok pine mendominasi pemandangan – oh indah… sangat indah dan menakjubkan. Menurut Irshad (guide), pemandangan disini sama seperti di Switzerland dan jika naik ke stage kedua, pemandangan lebih indah dan jika cuaca baik, berpeluang pula menikmati pemandangan cantik di Nanga Parbhat. 

Tidak mudah rupanya bermain ski, percubaan pertamaku rasanya sudah cukup utk memberi pengalaman berharga, akhirnya aku bergambar shj dengan bayaran 50 rupee.   Banyak aktiviti yg ditawarkan di sini seperti bermain sledge, ski dan skooter.  Syukur alhamdullillah, rezeki kami berganda, bila salji tiba-tiba turun, walaupun nipis tapi sudah cukup utk kami menikmatinya. 
Perjalanan pulang, kami singgah di ladang Mustard  yang menguning bunganya, sangat indah dan mengujakan. Poonam (guide) menyanyi dan kami mengikutinya, tambah bersemangatlah kami memotret gambar ala-ala artis bollywood sebagai kenangan.
  
    Cadangan mengadakan unggun api malam itu terpaksa dibatalkan, suhu yang semakin dingin dan menusuk tulang, tak berdaya kami hadapi, akhirnya di ruang tamu bersama kudapan2 yang dibawa dari Malaysia, kacang goreng Kashmir yang dibeli dari penjaja pasar terapung dan kopi susu yang disediakan Rahim menyaksikan Asif (anak tauke House Boat) dan Tariq menyanyikan lagu2 Hindustan dan kami bertepuk tangan.  Bicara yang teratur dan sopan, menyerlahkan sisi sebenar Asif sebagai seorang yang terpelajar, mengutarakan isi hatinya tentang masa depan Kashmir dan bangsanya amat mengesankan hati penulis. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan