Khamis, 14 Jun 2012

INDIA - KASHMIR/TAJ MAHAL - PART III


15 - 16 APR 2012 (Ahad) – DELHI/AGRA (TAJ MAHAL-AGRA FORD)

Semasa bersarapan pagi,  kami mempelawa Poonam teh susu,  Poonam ketawa bila kami menyebut susu,  katanya perkataan itu digunakan semasa nak memujuk anak kecil terkencing.  Mendengarnya kami semua ketawa.  Kami  tinggalkan Kashmir dgn sejuta kenangan indah menuju ke Agra,  menjejaki kesyahduan cinta Shah Jahan.   Lima jam perjalanan dari New Delhi, kami menginap  di Hotel Man Singh.  Semasa makan malam dihotel, ada persembahan penyanyi tempatan menyanyi lagu Hindustan,  Poonam turut berduet dan kami bertepuk tangan.
  Terpegun….. itulah kata-kata yang sesuai ketika menyaksikan Taj Mahal yang merupakan salah satu dari tujuh keajaiban dunia.  Di bina mengunakan marmar putih yang didatangkan khas dari Itali, parsi dll oleh pemerintah Mughal, Shah Jahan bagi mengingati isteri tersayang Muntaj Mahal yang meninggal dunia diusia 39 tahun selepas melahirkan anak yang ke empat belas.  Mengambil masa selama 22 tahun untuk menyiapkannya di antara 1630 masihi hingga 1652 masihi dengan mengunakan khidmat 20,000 orang buruh yang bekerja 24 jam, menyaksikan kecintaan dan citarasa mewah pemerintahan Mughal terhadap senibina.  Bercadang membina sebuah lagi Taj Mahal dari marmar hitam, yang khabarnya akan membayangi Taj Mahal semasa bulan purnama...  wah kalau jadi kenyataan, tentu cantik, tinggi sungguh citarasa dan imaginasi pencinta tegar ini.  Akibatnya, Shah Jahan dipenjara oleh anaknya Aurengzeb kerana didakwa menghabiskan wang rakyat. 
Selesai membeli belah  di bazaar di luar Taj Mahal, kami di bawa pula ke Agra Fort sebuah lagi tapak warisan dunia UNESCO  yang dibina di tepi sungai Yamuna pada tahun 1565 masihi oleh pemerintah Mughal terkenal Akhbar (filem Jodha Akhbar).    Agra Ford yang juga dikenali sebagai Lal Qila adalah sebuah kota rumah agam bertembok tinggi dan dibina  mengunakan batubata besar berwarna merah di mana Mughal-mughal terkenal seperti Babur, Humayun, Akbar, Jehangir, Shah Jahan dan Aurangzeb tinggal dan mentadbir negara dari sini. Jehangir Khan adalah anaknya bersama pemaisuri Jodha yg beragama hindu dan bapa kepada Shah Jahan.   
Semasa pemerintahan Akhbar, Agra Fort menjadi kubu penting tetapi semasa pemerintahan Shah Jahan, dia menjadikan sebahagiannya sebagai istana yang lengkap taman ditengah2nya berserta 3,000 buah bilik untuk gundik2nya.  Semasa pemerintahan Aurengzeb, Shah Jahan dipenjarakan selama 7 tahun, di Musamman Burj, iaitu sebuah menara berbentuk lapan segi di dalam Agra Fort yang mempunyai balkoni marmar berdekorasi dalaman seakan Taj Mahal dan pemandangannya pula mengadap Taj Mahal. Penulis difahamkan selepas itu Shah Jahan dipenjarakan pula diseberang sungai Yamuna dan bilik tahanannya tetap mengadap Taj Mahal,  di akhir hayatnya, ketika berbaring Shah Jahan meminta digantungkan cermin yang terimbas imej Taj Mahal supaya Taj Mahal tetap dimatanya.   Sungai Yamuna mengalir lesu seolah-olah mengerti lara hati seorang pencinta tegar.

Dalam perjalanan pulang Ke New Delhi, kami di bawa melawat kilang marmar yang berilhamkan Taj Mahal,  pekerjanya dari keluarga Islam yang mewarisi kepakaran seni ukir mengukir sejak turun temurun dari satu generasi kesatu generasi.

17 APR 2012 (Isnin) –SAROJINI NAGAR

Hari terakhir di India,  selesai solat, jam 1.30 tengahari, kami check out dan makan tengahari di Restoran Karim di sebuah komuniti muslim di Hazrat Nizammuddin.  Untuk ke restoran ini, kami perlu berjalan kaki dan berpapasan dengan  ramai pengemis muslim.  Kami di sajikan dengan ayam tandoori, roti nan, briyani ayam timbus, dll, walaupun sedap, aku sekadar makan untuk mengalas perut, macam tidak termakan semua itu, bila mengenang betapa ramainya umat di luar sana yg sedang berlapar.  Banyak sungguh makanan yg berbaki,  rasa nak tapau je utk diberikan kepada pengemis tu, tapi takut pula.   Dlm perjalanan menuju ke Bas, sekali  lagi kami diserbu, rasa belas menyesak dada, kejamkah kami?  Bila semua sudah menaiki bas, tingkap kami buka sedikit untuk mengulurkan sedikit wang.   Sampai di Bazaar Sarojini, kami diberi masa 2 jam untuk membeli belah, macam amazing race, kelakar sungguh jadinya bila tangan memegang  sari, tapi mata memandang kurta, memang tak fokus – tapi hasilnya banyak juga yang kami beli, sebab utamanya ialah murah.
    Dalam perjalanan ke airport, kami menyaksikan fenomena yang sangat menyedihkan,  warga India yang tidak berumah memilih bawah jejambat, tembok dan kakilima kedai untuk tidur, amat menakjubkan apa yang sanggup manusia buat demi kelangsungan hidup.   Dan mungkin dari sinilah terujudnya budaya membuang hajat merata2.
Pada pandanganku, India sangat exotik dan penuh warna warni, bayangkan dalam masa tujuh hari penulis di India, dapat merasai tiga musim sekaligus, musim dingin (salji) di Gulmarg, musim bunga (Tulip, cherry blossom dan Mustard) di Srinagar  dan musim panas di New Delhi dan Agra

       Hebat sungguh pemerintah Islam di masa itu, tapi sayang, menurut Poonam kejatuhan kerajaaan Islam Mungal di India, disebabkan perempuan, kemewahan dan tamak, tidak dapat penulis bayangkan, jika kerajaan Islam masih memerintah, tentunya India berada di sisi yang berbeza dengan apa yang ada sekarang.  Kesimpulannya, percutian ini benar2 berbaloi dan pengalaman ini kami bawa pulang dengan puas hati.

Nota:  Semasa melewati satu jejambat di jalan Pudu ke Bukit Bintang, penulis terkesima kerana rupanya fenomena tidur di bawah jejambat ada di sini, siap ada tilam & rak barang….. menjemur baju di pokok2 bunga, seolah2 ada tiga penempatan di situ, jika tidak dibenteras dari awal,  ianya akan menjadi satu penempatan tetap pula.








8 ulasan:

  1. ada berapa hari lagi cerita? x sabar nak tunggu ni :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih balas email saya. Saya sgt teringin nak ke kashmir ni. Kagum dgn keindahan alam nya. Saya follow blog awak ya. Jika ada masa jemput ke blog saya kasihrozita@blogspot.com

    BalasPadam
  3. boleh saya tau berapa pakej/kos utk trip ini. cik_eka@yahoo.com

    BalasPadam
  4. Minta Maaf tumpang tanya, saya sedang dlam perancangan nak ke Delhi,Agra dan Kashmir ,boleh tau tak, travel agent mana yg tuan guna dan brapa kosnya. namharahmad@gmail.com

    BalasPadam
  5. Saya berminat sangat nak ke kashmir dan agra..boleh sy tahu pakej travel agent yg puan gunakan...boleh email pada saya noridayu77@gmail.com

    BalasPadam
  6. Boleh email travel agent puan kauthsar.niesa@yahoo.com tq.. puan pergi India bln berapa ye...

    BalasPadam
  7. 11 April (pertengahan april) sebab nak tengok bunga tulip, mustard dan nak merasa
    salji di Gulmarg - kena pilih masa yg tepat, untuk menghayati keindahan Kashmir.

    BalasPadam
  8. Tulisan yang menarik membuat saya ingin pergi ke India. Bolehkan saya mendapatkan travel agent yang Puan gunakan? Tolong dikirimkan ke email: priyanto.mispan@gmail.com. Terima kasih.

    BalasPadam